Guru, Kenapa Dihormati?

16 Mei adalah sambutan hari guru setiap tahun di Malaysia. Di negara-negara lain ada tarikh nya tersendiri. Hari guru disambut sempena mengingati jasa guru yang tidak kira penat lelah mendidik anak bangsa. Dari seorang Raja, Perdana Menteri, Doktor dan sebagainya, mereka semua bermula dari ajaran seorang guru.

Namun negara dikejutkan di bulan di mana sambutan Hari Guru disambut, seorang pelajar tingkatan dua menumbuk gurunya sehingga pecah bibir dan darah berciciran keluar. Pelajar ini menumbuk gurunya ekoran tidak berpuasa hati apabila ditegur supaya tidak bising di surau.

Penulis berfikir, bagaimana pelajar ini boleh hilang adab sehingga sanggup menumbuk guru atau cikgunya sendiri. Apa nilaian pelajar ini pada seorang guru? Apakah pendidikan sekarang tidak mengajar pelajar beradab? Penulis sempat membaca artikel tentang pandangan Barat kepada seorang guru. Artikel ini sedikit sebanyak menjawab persolan di atas.

Apa nilaian seorang pelajar kepada seorang guru di Barat?

Di Barat guru hanya wasilah/ mekanisme/ platform/ alat yang memindahkan satu ilmu kepada seseorang. Guru dianggap alat. Seperti pokok tebu yang terpaksa melalui mesin tebu untuk mendapatkan air tebu. Guru seperti mesin tebu itu. Alat yang menjadi perantara satu tempat A ke tempat B.  Jika pandangan ini tertanam di dalam pemikiran pelajar, maka pelajar tidak akan menghormati guru kerana menganggap guru tidak lebih hanyalah perantara.

Guru Di Dalam Islam

Di dalam Islam, guru bukan sahaja memindahkan ilmu dari buku kepada pelajar tetapi guru dihormati kerana mereka juga menjalankan tugas mendidik/ mentarbiyyah/ membentuk pelajar menjadi manusia/ insan yang mampu membezakan apa itu baik dan apa itu buruk. Tugas yang diwarisi dari seorang nabi. Bukan guru itu perlu disanjung sepertimana nabi tetapi dek kerana tugas yang dipikul adalah tugas nabi, penghormatan kepada guru kerana tugas tersebut, kerana itu jika guru tidak menjalankan tugas mendidik tetapi sekadar mengajar pelajar berjaya dalam peperiksaan ia tak layak diberi penghormatan. Guru seperti ini tiada beza dengan guru di Barat. Maka guru dihormati kerana tugasnya itu adalah warisan para nabi.

Masalah Sistem?

Mungkin juga masalah sistem pendidikan sekarang. Pendidikan yang menekankan peperiksaan yang menentukan masa depan pelajar. Apa yang dimaksudkan dengan masa depan pelajar? Kerjaya. Kerjaya diertikan dengan masa depan. Pengertian inilah yang merosakkan pemikiran pelajar. Perkara ini pada penulis melahirkan pelajar yang hanya berjaya dalam pendidikan tetapi rosak dari adab nya. Sepatutnya pendidikan kearah membentuk pelajar sedar apa itu kebaikan apa itu keburukan yang mana mendorong mereka menilai kearah kebaikan seterusnya melahirkan tindakan-tindakan yang beradab.

Pendidikan

Pendidikan bagi penulis ialah menyediakan bekalan untuk pelajar bagaimana mereka harus menghadapi kehidupan sebenar atas dunia ini. Pendidikan seharusnya menyediakan ‘pancing’ sebagai alat untuk terus hidup, bukan dihidangkan ‘makanan’ untuk dimakan kemudian hilang punca bila makanan itu habis. Selain ‘mencipta’ mereka menjadi robot untuk pasaran kerja, mereka juga perlu dibekal alat untuk menghadapi kehidupan seterusnya.

“ Selamat Hari Guru “

Advertisements

2 thoughts on “Guru, Kenapa Dihormati?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s