Kapitalisme dan Neo-Feudalisme

kapitalisme

Pendahuluan

Minggu-minggu yang sudah, penulis sempat pulang ke kampung. Ketika di kampung, ibu menceritakan perihal kemalangan yang berlaku dihadapan gerai makan di satu simpang. Menurut tuan kedai, kereta yang keluar dari simpang itu bersalah kerana, tidak melihat ke kiri dan ke kanan ketika keluar. Kata ibu, yang salah adalah tuan kedai makan. Kedudukan gerai makan yang menghalang pandangan kenderaan menjadi punca kemalangan selalu berlaku disitu.

Penulis berfikir sejenak, mungkin inilah nilai kapitalisme yang meresap ke dalam pemikiran masyarakat kita sekarang. Pemilik gerai tadi, sedikit tidak mengambil kira rungutan-rungutan orang yang lalu disitu. Tuan kedai hanya tahu untung. Keselamatan dan nyawa manusia tidak dihiraukan.

Sistem Feudal

Begitulah juga nilai di dalam sistem feudal. Tidak menghiraukan kebajikan, keselamatan dan nyawa orang lain (orang bawahan), apa yang penting adalah kesenangan dan keuntungan hidup mereka. Sebelum sistem ekonomi kapitalis muncul di eropah, sistem feudal lah yang awal bertapak disana. Kegiatan utama dalam masyarakat feudal lazimnya berasaskan pertanian, di mana tanah merupakan faktor ekonomi terpenting (Syed Husin Ali, 2004).

Perkara terpenting dalam sistem feudal ialah susun lapis masyarakat. Daripada aras tertinggi iaitu golongan raja dan bangsawan sehinggalah kepada rakyat biasa dan hamba. Kedudukan sistem ekonomi seperti ini mampu dikekalkan dengan kuasa pemerintahan. Dalam sistem feudal, golongan istana dan bangsawan memain peranan penting bagi memastikan sistem ini terus kekal samada dengan penguatkuasaan undang-undang dan ugutan-ugutan tahyul[1].

Kapitalisme

Kapitalisme muncul selepas berlaku nya Era Renainssance di Barat. Pemikiran logik (sekularisme) mengambil tempat pemikiran masyarakat barat. Kuasa raja samada dihadkan seperti di England atau dibuang terus seperti di Perancis telah mengubah sistem sistem ekonomi feudal kepada sistem ekonomi baru pada masa itu iaitu kapitalisme.

Hal yang sama juga berlaku di Tanah Melayu ketika zaman penjajahan. Pihak penjajah telah mengehadkan kuasa raja hanya dalam sektor agama yang sangat terhad. Soal pengurusan khazanah Negara pada masa itu, semuanya diuruskan oleh penjajah. Hegemoni ini diteruskan oleh anak didik mereka yang disemai di zaman penjajahan tumbuh di zaman Merdeka dan dan terus dipupuk sehingga sekarang.

Sistem ekonomi kapitalisme terdapat beberapa persamaan dengan sistem feudal yang lalu antaranya:

  1.  Kekayaan negara dinikmati oleh golongan tertentu yang minoriti.
  2.  Urus tadbir ekonomi negara ditentukan oleh golongan pemerintah.
  3. Golongan bawahan yang sentiasa ditindas.

Kuasa Politik

Berdasarkan senarai persamaan tersebut, panulis menyimpulkan terdapat hubungkait yang saling memerlukan diantara Kuasa Politik dan Kapitalis. Kuasa politik yang dimiliki pemerintah akan menentukan dasar-dasar ekonomi Negara. Pemerintah yang mengamalkan kapitalisme akan mengstrukturkan dasar-dasar ekonomi yang menyebelahi golongan pemodal (kapitalis). Antara dasar yang menyebelahi golongan pemodal di Malaysia adalah dasar LDP (Liberalisasi, Diregulasi dan penswataan) yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir. Penswastaan lebuhraya sebagai contoh, ia membuka seluas-luasnya kepada pihak syarikat mengambil keutungan daripada rakyat dengan menentukan tarif tol mengikut sesuka hati mereka tanpa menghiraukan beban yang ditanggung rakyat.

Kuasa politik juga menentukan pihak-pihak tertentu yang layak seperti sahabat atau kaum kerabat yang tedekat bagi menerima projek-projek daripada kerajaan tanpa membuka tander-tander tersebut kepada umum. Selain itu, kita juga boleh melihat dari aspek belanjawan Negara yang dibentangkan dalam Bajet Negara. Negara yang berasaskan kapitalisme akan mengagihkan belanjawan Negara lebih besar kepada projek-projek mega yang dipegang oleh syarikat tertentu berbanding  agihan yang diberikan kepada rakyat.

Kesimpulan

Kesimpulannya, jika di Malaysia, politik dan ekonomi menjadi dua entiti penting saling memerlukan dalam mengukuhkan penguasaan golongan tertentu terhadap kekayaan Negara. Hal ini berbeza di Negara-negara maju seperti England dan Japan. Walaupun mereka turut mengamalkan dasar kapitalisme  namun, ia lebih diaplikasikan di dalam dasar luar Negara. Dasar dalam Negara mereka lebih menjurus kepada sosialisme yang menjaga kebajikan rakyat. Menurut Syed Husin Ali, Malaysia sebenarnya masih lagi mengamalkan sistem feudal ataupun dipanggil neo-feudal.

Wallahu ta’ala a’lam


[1] Ugutan tahyul adalah istilah yang direka penulis berkaitan cerita-cerita tahyul yang direka oleh orang-orang istana bagi menakutkan orang bawahan daripada bangun menentang kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pihak mereka. Contonya ialah tulah.

Intelektual Melayu- Abdullah Munshi

 

Pelayaran Abdullah Munshi yang tak pernah tamat – oleh Amaluddin Zhafir

Seorang Islam yang menterjemah kitab Injil, sehingga digelar masyarakat dengan nama Abdullah Paderi; pengkritik tegar sistem beraja Tanah Melayu dan sosio-budaya penduduk Tanah Melayu; berbaik pula dengan penjajah sehingga bekerja sebagai pegawai kepada penjajah; langsung menjelaskan beliau sebagai seorang yang pro-penjajah.

Ini adalah pandangan umum rakyat Tanah Melayu dan sekarang rakyat Malaysia terhadap Abdullah Abdul Kadir Munshi. Walaupun begitu, para ilmuan tetap mengangkatnya sebagai Bapa Persuratan Melayu Moden.

Manakan tidak, ketika zamannya, kitab-kitab hikayat lebih kepada kisah-kisah ghaib, fantasi, dan mistik, jauh berbeza dengan karya-karyanya. ‘Keberanian’ beliau menggunakan ‘aku,’ sebagai ganti nama untuk dirinya adalah salah satu contoh keberanian beliau untuk Ubah!

Kassim Ahmad melalui prakatanya dalam Kisah Pelayaran Abdullah menulis: “Dia (Abdullah Munshi) telah melempar jauh semangat ‘adat Melayu pantang derhaka’ dengan menganut semangat baru yang ‘asing,’ yang lebih demokratik… maka sewajarnya kita menerima Abdullah sebagai seorang lagi perintis jalan dalam pemikiran bangsa (Malaysia) kita.”

Bagaimanapun, ketidakfahaman sebahagian masyarakat Malaysia sekarang terhadap tokoh ini berpunca dari satu masalah umum, iaitu sistem feudalistik yang sekarang ini dinamakan sebagai demokrasi berperlembagaan, telah mempermainkan rakyat dengan sistem pelajaran yang kucar-kacir sifatnya.

Dalam Kisah Pelayaran Abdullah, Abdullah Kadir Munshi dengan nada lembut menulis dan menilai:

“…Sekalian orang yang duduk dalam negeri itu sentiasa dengan ketakutan akan aniaya dan loba raja-raja dan orang besar-besar. Maka adalah fikiran mereka (rakyat) itu, ‘Apa guna rajin kita itu? Jikalau kita mendapat sedikit wang atau makanan, nescaya diloba dan dirampas oleh orang besar itu.’ Maka sebab itulah tinggal mereka itu dalam miskin dan malas dalam sepanjang umurnya. Maka tetaplah fikiran saya, inilah sebabnya negeri itu tiada boleh orang mendapat kesentosaan dalamnya, kerana kurang baik pemerintahnya. Maka sekalian perkara yang tersebut ini telah datang dari sebab kejahatan dan kebebalan raja-rajanya sahaja.”

Di sini jelas keperihatinan dan kasih sayangnya terhadap rakyat jelata, kerana beliau sendiri akur, punca kepada kelemahan rakyat jelata datang dari sikap penguasa itu sendiri.

Beliau kemudian membandingkan pemerintahan Inggeris di Melaka dan Singapura, yang walau pun mempunyai pemerintah seperti ‘raja’ tetapi tiada pula tekanan ekonomi dan sosial, malah lebih terbuka kerana undang-undang di Singapura ketika itu lebih bersifat demokratik, bertujuan memacu masyarakat kepada sesuatu yang agung; iaitu kesenangan hati untuk rakyatnya.

Malah dengan tegas, Abdullah memberi respon kepada perangai penguasa Melayu ketika itu dengan menulis: “….semuanya yang duduk dalam negeri Melayu, seperti duduk dalam neraka.”

Abdullah bukanlah anarkis sehingga menolak sistem kerajaan. Beliau hanya manusia rasional yang kasih kepada masyarakat. Dan beliau juga bukan pro-penjajah atau anti-penguasa, tetapi beliau  sangat tegas mengkritik penguasa-penguasa zalim (tidak kira penguasa Melayu atau penguasa penjajah) kerana beliau sedar punca kemunduran masyarakat ada di telapak kaki penguasa.  Sekadar contoh bahawa beliau bukan pro-penjajah, disalinkan dibawah, kritikannya dalam Hikayat Abdullah terhadap pegawai kolonial Belanda yang bernama Van Goor.

“Ia (Van Goor) itulah lintah yang meminum darah hamba Allah. Maka adalah ia menaruh empat orang mata-mata. Maka sekalian mata-mata itu seperti pacat melompat. Barang di mana bertemu manusia atau binatang, dihisapnya darahnya, kerana ia segera hendak menjadi ular sawa. Maka mereka itulah tukang mengintai segenap rumah. Maka apabila didapatinya sedikit kudis sahaja, maka dibesarkannyalah, katanya: ‘Engkau kelak nanti menjadi tokak’, dengan beberapa gertak. Maka oleh sebab orang itu ketakutan, diberinyalah upah akan dia. Maka diamlah ia, pergi ia memberitahu kawannya. Maka ia pun datanglah pula menggertak orang itu, kepadanya pula diupah sedikit. Demikianlah halnya segala hamba Allah kena aniaya pada zaman itu di Melaka…”

Dalam konteks politik dan sosial di Malaysia dewasa ini, apa yang diperkatakan Abdullah lebih 159 tahun lepas masih tak berubah dengan sekarang. Malah, lebih teruk. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan segala akta yang menyekat kebebasan rakyat, masih wujud walau pun penjajah sudah tiada.

Anehnya, negara-negara penjajah ini tidak pula menggunakan akta-akta zalim itu di  negara mereka sendiri. Tetapi di Malaysia, selepas mencapai kemerdekaan secara rasmi, masih lagi menggunakan pendekatan yang digunakan penjajah dahulu. Bak kata orang di utara Semenanjung Malaysia, “Awat kita dok pulun lebih?”

Bagaimana pun, terima kasih lah kepada penguasa di Malaysia yang telah ‘mengembangkan’ lagi dasar-dasar ‘berguna’ ini sehingga sekarang, yang pastinya akan menyuntik rasa ingin tahu rakyat (akibat tekanan-tekanan penguasa) untuk mengorek lebih dalam erti kebebasan untuk hidup, sebagai manusia.

Abdullah Munshi malah telah berdoa dalam Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan, “…saya pohon kepada Tuhan, janganlah kiranya dihidupkan saya dalam negeri Melayu,” dan dengan nada menyindir, Abdullah menyambung, “Dan lagi, (saya harap) dijauhkan (oleh) Tuhan untuk berdekat dengan raja-raja kerana orang yang hampir kepada raja-raja itu seperti bersahabat dengan ular yang berbisa, maka salah sedikit dipagutnya biji mata.”

Demikianlah pendirian kukuh beliau, hasil dari rasa ingin tahu mempelajari segala jenis ilmu (agama, bahasa, budaya global) sehinggalah membentuk dirinya sebagai sang pemikir yang kritis terhadap kelemahan bangsa dan masyarakat sekelilignya. Jika tak berlebihan, beliau tak lain kalau bukan seorang pemikir yang mendahului zamannya.

Seorang pemikir akan berani melontarkan kebenaran yang dipercayainya, dan jika beliau seorang pemikir agung, akan berkekalanlah suaranya. Dan selepas lebih seratus tahun, suara beliau masih terngiang-ngiang di benak fikiran kita bukan? Karya-karyanya yang bersifat humanis, dan dikarang a lakewartawanan dan autobiografi ini telah pun menjelaskan situasi Malaysia sekarang ini.

Tidak syak, bila merujuk kembali karya-karya Abdullah, bahawa penguasa Tanah Melayu dan Malaysia masih di takuk lama. Yang berubah bukan sistem, tetapi ‘pakaian.’ Kesedihan beliau terhadap mangsa kepada penguasa-penguasa zalim, dijelaskan dengan teliti di dalam kebanyakan karyanya terutamanya dalam kisah Pelayaran Abdullah.

Dipengakhiran pelayarannya ke Kelantan, Abdullah merumuskan, “…saya mengaku di atas diri saya bahawa sesungguhnya inilah sekalian alamat bahawa negeri-negeri itu (negeri-negeri Pantai Timur, dan dalam konteks sekarang, keseluruhan negara Malaysia) akan binasa, dengan tiada syak lagi.”

Bagaimana pun, kesimpulannya, kritikan Abdullah bersifat jujur kerana hasil dari pengalaman dan pengembaraannya, beliau merasai kepahitan rakyat yang ditekan oleh raja-raja dan penguasa penjajah. Apa yang dikarangnya adalah pemerhatiannya sebagai manusia yang dipengaruhi akal dan imannya untuk menolong bangsanya sendiri – semua bangsa yang menetap dan lahir di Tanah Melayu.

Apa-apa pun halnya, karya yang dikarang beliau lebih seratus tahun dahulu ini telah dan akan terus mencerminkan zaman dan masyarakat kita sekarang ini. Sama ada kita mahu berubah kepada sesuatu yang murni atau mahu kekal jatuh ditimpa tangga, terpulanglah kepada diri untuk menilai.

Itu pun jika mampu meneliti karya-karya Abdullah sehingga ke perenggan terakhir.

Sumber :http://roketkini.com/2011/05/22/pelayaran-abdullah-munshi-yang-tak-pernah-tamat-oleh-amaluddin-zhafir/

Kenapa Barat Menolak Agama?

1385872524_82735d171a

Bismillahirrahmaanirrahim

Agama di pandang sepi oleh barat, agama tidak lebih dari tempat ibadat, tidak melangkaui soal kehidupan. Itulah yang difahami barat.

“ Biarkan untuk raja apa untuk raja, biarkan untuk Tuhan apa untuk tuhan” inilah yang disebut di dalam Injil, dan difahami barat sebagai pemisahan antara ibadat dan kehidupan.

Barat melalui zaman yang penuh kegelapan, jalan menuju ilmu ditutup, pemikir dan saintis dibunuh, pemerintahan dikuasai ‘orang gereja’, keputusan ditangan mereka.

Setelah mereka bangkit dari kegelapan itu, institusi gereja disalahkan atas kemunduran, kegelapan yang mereka lalui.

Jika dilihat pada masa itu, agama lah yang menjadi tunjang pemerintahan, tetapi atas kejumudan, kepentingan tertentu, keterbatasan ilmu oleh intitusi agama Kristian pada waktu itu menyebabkan kehidupan masyarakat menderita…

…tidak salah lah jika masyarakat menghukum mereka dengan memisahkan agama dan kehidupan setelah mereka bangkit.

Kini sebahagian umat Islam berfikiran dek agama lah yang akan memundurkan mereka (golonga sekular), golongan ini  meletakkan Islam sama seperti Kristian di barat. Itu kesilapan besar yang mereka lakukan, mereka harus mengkaji tamadun dan kegemilangan Islam yang berpaksikan agama.

Suka saya menimbulkan satu persoalan, bersediakah institusi agama berdepan dengan kehidupan semasa? Kita tidak mahu pemikiran lain seperti sosialis, kapitalis, menjuarai permasalahan ekonomi, kita tidak mahu komunis dan sekular mendepani dalam soal penyelesaian masalah masyarakat.

Janganlah bila Islam memerintah negara itulah paling mundur, bila Islam memerintah paling banyak kes jenayah, bila Islam memerintah ekonominya paling merudum, maka setiap pendokong kebangkitan Islam bukan sekadar cakap berdegar-degar tetapi bersiap sedia mendepani kehidupan semasa.

Lihat sahaja Taliban, mereka hebat menghalau Soviet, tetapi gagal dalam pemerintahan sehingga tercetus perang saudara yang berpanjangan.

Semoga permasalahan ini difikirkan penyelesaian bersama agar kebangkitan Islam itu menjadi hampir dengan usaha kita dan kita mampu mengecapinya di abad ini insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Barack’s Book Bag

Barack’s Book BagWhat Obama’s summer reading list says about him.

By John DickersonPosted Monday, Aug. 24, 2009, at 8:09 PM ET

090824_POL_ObamaTNAll vacations have their rituals: slapping sunscreen on wriggling kids, eating ice cream after dinner, and hiding the holes in the rental-house drywall. Presidential vacations have rituals, too: peekaboo with the press corps, highly managed casual social engagements, and golfAlways there must be the golf.

Even the news media have their vacation rituals. One of them is overinterpreting the presidential summer reading list. Monday the White House obliged, offering the list of five books president Obama has packed for his trip:

• The Way Home by George Pelecanos, a crime thriller based in Washington, D.C.;
• Lush Life by Richard Price, a story of race and class set in New York’s Lower East Side;
• Tom Friedman’s Hot, Flat, and Crowded, on the benefits to America of an environmental revolution;
• John Adams by David McCullough;
• Plainsong by Kent Haruf, a drama about the life of eight different characters living in a Colorado prairie community.

Sumber : http://www.slate.com/id/2226142?yahoo=y

Jika seorang Presiden Amerika yang punya pelbagai kerja di seluruh dunia ini mempunyai masa membaca, kenapa tidak kita?

Wallahu Ta’ala A’lam

Jangan Malas

Pada suatu malam, kami duduk berbual mengenai bola, kata Si A ;

Si A : Messi ni kalau lama bercuti, nanti main bola berat nak berlari.

Si B : Aah…sesuatu benda kalau lama kita tinggalkan, nanti nak mula balik jadi berat dan susah bagi kita.

Si A : Bahaya tu…kalau buku lama kita tinggalkan, nanti makin malas kita nak baca buku.

Inilah antara rangkap perbualan kami, bahana juga musim cuti ni tanpa kita menyentuh buku, nanti buka sem baru…tengok buku rasa cemuh, ini sangat bahaya buat seorang yang berstatus pelajar, bagaimana yang dah habis belajar?

Ambilah masa walaupun sedikit untuk kita membaca buku, insyallah kita mampu melakukannya.

” Ya Allah, kau jauhkanlah kami dari sifat lemah dan malas ”

Wallahu Ta’ala A’lam

Membaca

bukuhadi2

Bismillahirrahmaanirrahim

Parti Islam SeMalaysia (PAS) patut rasa beruntung mempunyai presiden yang kuat membaca dan rajin menulis, itulah Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang.

Bukan setakat kepetahan beliau dalam berpidato tetapi rajin mengeluarkan buku, antara hasil yang beliau tulis seperti, Hadharah Islamiah Bukan Islam Hadhari, Politik Dan Islam, dan kini yang terbaru, Islam Adil Untuk Semua.

Buat penyokong, pemerhati, dan semua ahli, anda digalakkan rajin membaca dari berpolitik sakan membuta tuli, sehingga muntah dek kerana melayan politik.

Hidupkan suasana ilmu dikalangan umat kita, kebangkitan Islam dengan ketamadunan ilmu.

Wallahu Ta’ala A’lam

Jom!…Pindah Ke Marikh

mars_lakeSeveral studies in recent years have claimed evidence for shorelines and other features that suggest ancient lakes on Mars. Firm evidence has remained elusive. Now a University of Colorado at Boulder research team claims “the first definitive evidence of shorelines on Mars” in a statement released today. The scientists see signs of “a deep, ancient lake,” which would have implications for the potential for past life on Mars. Life as we know it requires water, and while Mars is dry now, if there was abundant water in the past — as many studies have suggested — then life would have been a possibility. There is, however, no firm evidence that life does or ever did exist on the red planet. Bacaan Penuh.

Komen : Dunia kita dah rosak angkara tangan-tangan manusia yang rakus melahap isinya tanpa memikirkan masa depan. Pindah ke Marikh atau selamatkan dunia?