Semangat Lebih, Amalnya?

Assalamualaikum

Orang kita kalau takbir bergegar masjid. Ajak pergi demostrasi bukan main lagi. Bersemangat macam nak pergi perang. Itulah keadaan orang kita marahkan Israel bila Gaza diserang.

Marahkan kerajaan sama sahaja keadaan nya. Soal semangat memang kita tak pertikai. Hebat tak boleh lawan. Cuma yang sedihnya dalam bersemangat tu asap berkepul-kepul keluar dari mulut. Rokok Dunhill, Salem, bla…bla… Syarikat rokok adalah milik yahudi dan mereka menyumbang dana kepada rejim zionis membunuh umat Islam hasil dari duit kita. Memalukan…

Balik tunjuk perasaan terasa lapar. Singgah KFC atau McDonald hilangkan lapar, minum Coca cola atau Pepsi hilangkan dahaga. Sia-sia sahaja tunjuk perasaan tadi. Marahkan yahudi dalam senyap beri sumbangan pula bunuh saudara sendiri. Terasa kurang cerdiknya kita ni…

Israel tak hirau pun kita nak tunjuk perasaan atau nak melalak di mana-mana. Yang penting sumber kewangan mereka berjalan dan operasi membunuh umat Islam berjaya dilaksanakan. Tak mati kita kalau tak makan KFC, McDonald, Pizza Hut, bla….bla…. Malaysia ni syurga makanan. Restoran buka 24jam. Tak jadi masalah soal makanan.

Jadilah umat yang bersemangat dan beramal. Semangat tanpa amal itu adalah retorik. Jangan cakap tak serupa bikin. Malu kita dikemudian hari. Insyallah sama-sama kita mujahadah dalam perkara ni.

Wallahu Ta’ala A’lam

Panasnya Neraka

Bismillahirrahmaanirrahim

Harini saya tak mengajar. Dalam kelas hanya ada beberapa orang sahaja. Peluang itu saya ambil mengisi borang penilaian kefahaman pelajar. Setiap pelajar diwajibkan menandatangani borang tersebut. Untuk menilai kefahaman mereka saya adakan sesi soal jawab.

Setiapa pelajar saya ajukan soalan yang sama. Soalan nya Apa itu Islam mengikut kefahaman kamu?. Maka pelbagai jawapan yang diberi. Antaranya…

– Islam tu solat, duduk di masjid, berzikir (budak ni dah kena cucuk jarum sekular)

– Islam tu akhlak yang baik. Saya tanya balik ” orang kristian lagi baik perangai diorang kalau nak bandingkan akhlak melayu Islam”. ” betul cikgu!” jawab budak tu.

– Orang Islam semua masuk syurga. Saya betul-betul setuju dengan jawapan ni. Budak ni saya bagi A. Tapi saya berikan sedikit penjelasan kepada beliau.

– Islam untuk semua. Yang ni juga saya bagi A.

Walaupun jawapan nya ringkas, jelas kefahamannya tinggi. Ada tiga orang yang dapat A. Selebihnya saya bagi B. Paling teruk adalah pelajar perempuan. Malas nak berfikir dan tak ambil hirau apa yang kami bincangkan tadi.

Walau apa pun. Saya bersyukur melihat kefahaman pelajar-pelajar ni kepada Islam. Asasnya tu ada. Keimanan mereka sahaja perlu dikuatkan. Pelajar sekolah menengah biasa memang melalui macam-macam godaan dan hasutan. Pergaulan, rakan-rakan, suasana apabila luar waktu sekolah membuatkan mereka tersungkur di pintu dosa.

Sedang saya bercerita soal dosa dan kepanasan api neraka kepada beberapa orang pelajar. Seorang pelajar mengeluh seolah berputus asa. Saya dapat lihat matanya jauh merenung. ” banyaknya dosa aku…”. Tersentuh dengan luahan budak tadi. Terus saya menukar topik taubat dan keluasan pintu keampunan Allah buat hambaNya yang betul-betul insaf semoga pelajar tadi tak berputus mengharapkan keampunan Allah.

Setiap kesusahan menangani kerenah pelajar saya rasai kemanisan melentur jiwa remaja apabila terbit rasa keinsafan dalam diri mereka. Alhamdulillah…

Wallahu Ta’ala A’lam

Zina Itu Keji

Bismillahirrahmaanirrahim

Setiap kali mengajar saya akan selitkan betapa kejinya dosa tu. Antara yang saya fokuskan adalah zina dan couple. Saya ambil pendekatan itu kerana setiap kali mengajar pelajar ni akan main hand phone dalam kelas.

Memang saya ada kuasa untuk merampas. Tapi saya tak nak rosakkan hubungan dan kepercayaan mereka pada saya. Ianya amat penting untuk jangka panjang. Apabila ada hand phone terutama pelajar perempuan sudah tentu ada lelaki di sebalik hand phone yang digunakan.

Kerana itulah saya tekankan dosa berzina. Selalu saya sebut kesan negetif yang akan mereka terima jika mendekati zina. Hasilnya beberapa orang malu bila tersempak dengan saya bila mereka berdua-duaan dengan pakwe mereka.

Saya yakin mereka mampu memahaminya nanti insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Bahana Dosa

Bismillahirrahmaanirrahim

Dosa menghakis malu, dosa mengeraskan hati, dosa menambah keburukan pada akhlak kita. Dosa yang dilakukan berterusan merosakkan hidup kita.

Hati yang keras dek diselaputi dosa menyukarkan keadaan diri untuk berubah. Memerlukan mujahadah yang tinggi demi membersihkan kembali kotoran dosa tadi.

Hati yang keras mudah mencaci orang, hati yang keras mudah ‘naik tangan’, hati yang keras mudah membenci orang, hati yang keras tidak ada kesian belas pada orang lain. Akibat hati yang keras bukan mendatangkan kesan pada diri sendiri sahaja tetapi pada masyarakat juga.

Bagi mereka yang belum menjamah dosa, jangan sesekali cuba mendakatinya. Bagi yang berdosa teruslah istighfar dan bertaubat. Kuatkan diri dengan amal kebaikan supaya iman bertambah. Tidakkah iman turun dan naik mengikut amal yang kita buat?

Wallahu  Ta’ala A’lam

Anak Ikan



Bismillahirrahmaanirrahim

Ini kisah ibu ikan dan anak ikan. Kedua-dua mereka hidup aman dan makmur di sebuah tasik.

Pada suatu hari kedua-duanya berenang bersama-sama. Si anak telah ternampak makanan yang boleh dimakan berada hampir di permukaan air. Tanpa membuang masa si anak terus meluru kearah makanan tersebut.

Si ibu yang perasan anaknya sudah terpikat dengan makanan tadi cepat-cepat memanggil dari terus menuju kearah makanan itu tadi. Si anak hairan.?!

“ Nak…jika kamu memakan makanan itu, kamu sebenarnya akan memakan umpan dari seorang pengail, pengail itu akan terus menyentap mu ke darat, akan memukul mu sehingga mati, di bawa balik ke rumahnya kamu akan dilapah-lapah untuk dimasak dalam kuali panas “ jelas si ibu.

Si anak akur dengan nasihat ibunya. Pada hari yang lain si ibu sakit tidak dapat menemankan anaknya berenang-renang di tasik. Keluarlah si anak sendirian. Bila sampai kemuncak tengahari si anak mula berasa lapar, tiba-tiba si anak ternampak makanan.

Tapi dia mula teringat pesan ibunya, Untuk mendapat kepastian si anak menghampiri kepermukaan air. Ditinjau-tinjau tidak nampak mata kail, ditinjau-tinjau tidak nampak pengail.

Dirinya mula goyah, ditambah dengan rasa lapar, terus dia menyambar makanan tadi, dengan tak semena-semena dirinya rasa seperti disentap. Sah! Dirinya telah memakan umpan pengail. Tamatlah riwayat anak ikan tadi.

Moral

Anak ikan tadi terbatas pengetahuannya. Dia tidak nampak alam yang digambarkan oleh ibunya, dirinya hanyut bila tidak yakin dengan peringatan ibunya.

Begitu juga kita, selalu diingatkan dengan alam satu lagi, kita tidak nampak alam itu, tetapi ianya wujud. Ini kerana akal kita terbatas. Sedangkan apa yang berada disebalik dinding kita tidak tahu apatah lagi soal yang tidak dibenarkan kita memikirkannya. Bila kita disentap kesana, tidak ada apa lagi yang boleh mengembalikan kita ke dunia. Menangislah air mata darah sekalipun, segalanya sudah terlambat.

Wallahu Ta’ala A’lam

Makrifatullah

Bismillahirrahmaanirrahim

Dr Hamka menyebut makrifat itu tiga peringkat:

1- Tinggi

2- Menengah

3- Paling rendah

Tingkatan tinggi itulah yang dicapai oleh para Nabi, waliyullah, dan para syuhada. Mereka mengorbankan jiwa dalam mempertahankan agama. Dari kesungguhan mereka ini Allah SWT membuka hijab seterusnya mendapat bimbingan Nur Ilahi yang tidak ada syak dan ragu pada hati mereka. Penuh dengan keyakinan.

Tingkatan menengah ialah golongan yang menggunakan aqal dalam mencapai keyakinan dan makrifatullah. Mereka menghayati alam dan mengkajinya. Sudah tentu cara ini dengan mendalami ilmu. Dan inilah kebanyakan yang kita lakukan.

Tingkatan paling rendah ialah golongan yang hanya bertaqlid dan tidak belajar. Susah untuk timbul keyakinan pada diri mereka. Kadang bila badai melanda mereka rebah dengan mudah dek hanya bertaqlid dan tidak belajar.

Disinilah kita dituntut untuk menuntut ilmu. Tanpa ilmu kita sesat kerana tiada panduan. Tanpa ilmu juga kita tidak mencapai makrifatullah dan keyakinan dalam diri.

Tuntutlah ilmu.

Wallahu Ta’ala A’lam

Jagalah Hati, Jangan Kau Kotori

heart

Bismillahirrahmaanirrahim

Hati…susahkan nak jaga hati ni, kadang-kadang bersinar-sinar, kadang-kadang kotor, kadang-kadang malap…bila difikir golongan khawwas (istilah ini diguna oleh falasifah juga, saya tidak maksudkan golongan falsafah) patutlah mereka mempunyai satu darjat dan martabat yang tinggi disisi Allah SWT…mereka punya hati yang tsabit, maintain, tetap hanya pada Allah SWT.

Mampukah kita? mencapai martabat nabi dan rasul sudah tentu tidak…cuma ingatlah kita punya satu martabat yang bisa dicapai…MUKMIN, darjat ini banyak sekali disebut di dalam kalam Allah SWT.

Jika anda tidak mengenal apa itu hati, susah untuk anda mencapai jalan yang betul…hati ni macam ombak…kadang-kadang tenang, kadang-kadang badai, dan lain-lain lagi, biasanya musim tengkujuh di pantai timur Malaysia ombak bergelora, sebabnya angin kuat…apa maksudnya? maksudnya suasana yang mempengaruhi ombak.

Antara faktor yang kuat mempengaruhi hati adalah suasana di sekeliling kita, jika anda di kilang getah, paling kurang baju anda berbau busuk, jika anda di kilang perfume mungkin anda berbau wangi (saya tak suka wangi yang melampau).

Lihatlah disekeliling kita…banyak benda yang boleh rosakkan hati.. tivi, movie, internet, aurat, dll, mungkin sebab ini yang membuatkan sebilangan golongan memisahkan kehidupan dunia dan hanya berkhalwah sepanjang masa, tapi itu bukan ajaran ad Din ini, bukan salah mereka, mungkin sedikit kesalah fahaman methode sebenar agama ini…

Buat mereka…janganlah pisahkan kehidupan dunia dengan hanya berprivacy, seolah-olah lari dari realiti hidup, takut hadapi cabaran, penakut kelihatan lemah bukan?…mukmin yang kuat lebih afdhal disisi Allah SWT daripada mukmin yang lemah.

Bagaimana mengahadapi realiti ini?

Juhud menghadapi setiap semua kerosakan di hadapan kita…”fuhh…pakaian dia” kata Ali pada Abu apabila melihat seorang wanita, tetapi dengan kekuatan dan kejuhudan si Abu terus memalingkan mukanya demi memelihara hati dari dikotori, dan banyak lagi suasana yang menuntut kejuhudan kita melawan kejelekan dunia.

Hati yang dilembutkan dengan maksiat sehingga mencapai tahap kritikal akan menjadi buta, hati yang buta tidak lagi memandang maksiat itu dosa…berat bukan? jika maksiat tidak dipandang dosa maknanya hari-hari dosa…jangan ditunggu washing machine alam akhirat, disana sabun dan airnya api.

Buat pemuda-pemudi saya sarankan kitab Shina’atus Shabab (صناعة الشباب )oleh Said Hawa, dicoretkan kisah-kisah bagaimana pemuda seperti kita menjaga iman mereka, semoga memberi manfaat.

Wallahu Ta’ala A’lam