Suami Isteri (Menjaga hartanya dan anak-anak)

3807897677_71ed1c9bf7

Bismillahirrahmaanirrahim

Menjaga harta suami dan anak-anak, ini antara tanggung jawab yang digalas oleh seorang isteri, seorang wanita yang bercita-cita ingin mendirikan rumah tangga perlu bersedia dari segi mental dan fazikal.

Menjaga harta suami ialah dengan menginfakkan (menggunakan) duit pemberian suami kepada isterinya dengan sebaik penggunaan, tidak boros dan menggunakan nya sesuka hati.

Ingatlah, amalan boros adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah SWT, sepertimana dalam firman nya :

makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan . Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

Al A’raaf: 31

Segala pemberian oleh suami mu akan dipersoal oleh Allah di akhirat nanti, sesuai dengan hadith Rasulullah SAW :

Isteri adalah ketua di rumah suaminya, dan dia dipertanggung jawab atas apa yang dipimpin nya

Disahihkan oleh Al Bani dalam Sahih Al Jami’

Oleh itu seorang isteri haruslah sedar dalam membelanjakan wang ataupun harta pemberian suaminya untuk kegunaan rumah dan juga dirinya, kerana setiap yang dibelanjakan itu akan dipersoal disana nanti, berbelanjalah dengan bijak dan ekonomi.

Janganlah seorang isteri itu melihat orang yang lebih senang atau mewah darinya, lihatlah orang yang lebih bawah darinya, supaya dengan itu terbit perasaan syukur.

Janganlah seorang isteri itu meminta dari suaminya untuk jadi seperi si fulan si fulan kerana kemewahan nya, hendaklah dia sedar kedudukan dan keadaan nya.

Jika seorang isteri meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya, ketahuilah bahawa dia seorang isteri yang tidak memahami keadaan suaminya dan tidak memahami asas agama, sesuai dengan hadith nabi SAW :

Lihatlah orang di bawah mu, janganlah melihat mereka yang diatas mu, dengan itu tidak menghina nikmat Allah kepada mu

(Bukhari dan Muslim)

Apabila seseorang melihat mereka yang lebih susah, akan lahirlah dari dirinya rasa syukur dengan kelebihan yang ada, dirinya akan berasa lebih lapang kerana nikmat Allah kepada nya lebih baik.

Dalam sebuah hadith Rasulullah bersabda :

Celakalah wanita daripada dua warna merah, warna emas dan al ma’safarah

(Riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya)

Mafhum hadith ini adalah celaka buat wanita yang berhias dan ingin menunjukkan perhiasan nya itu dengan rasa bangga dan ujub, wanita seperti ini adalah golongan yang kosong akal dan hatinya, seorang wanita mukminah akan mementingkan perhiasan hatinya dan mengislah dirinya kepada yang lebih baik.

Tidak dinafikan adalah sifat wanita itu suka berhias, dan tidak salah untuknya berhias, terutama di hadapan suaminya, dan perlu diingat berhias diluar rumah hendaklah menjaga batasnya dan tidak mendatangkan bangga dan ujub.

Anak-anak

Untuk membicarakan tentang tarbiyah anak-anak, anda boleh mendapati berjilid-jilid kitab di pasaran, disini penulis hanya menyenaraikan perkara yang dianggap penting.

1. Menyusukan anak

Tidak dinafikan susu ibu adalah sebaik-baik susu untuk anak-anak, ianya telah dibuktikan secara sainstifik, sentuhan dari ibu buat anaknya melahirkan perasaan kasih sayang antara keduanya.

2. Cakna seorang ibu kepada anak secara khusus

Seorang ibu haruslah memberi sepenuh perhatian kepada anaknya, dari proses pembesaran fizikal dan mental, permainan anak-anak dsb.

3. Tarbiyah anak-anak dengan akhlak terpuji

Anak-anak haruslah dididik dengan akhlak islamiah sejak dari kecil lagi, supaya keterbiasaan mereka dengan akhlak itu akan meringankan tika besarnya mereka nanti, dan Islam tidak mengabaikan perkara ini, contohnya solat, Islam menyuruh ibu bapa mengajar ketika anak-anak mencapai usia tujuh tahun, dan memukul mereka ketika umur sepuluh tahun jika masih tidak mengerjakan nya.

Semoga bakal suami isteri bersedia untuk memikul tanggung jawab seorang ayah dan ibu insyallah, setiap kesusahan itu ada kesenangan.

Wallahu Ta’ala Alam

Leave a comment