Suami Kuno

Bismillahirrahmaanirrahim

Sepanjang belajar di Morocco saya sempat berbicara soal nikah cerai dengan kawan-kawan. Cerita pasal ni panjang dan biasanya berlarutan sampai pagi. Lepas subuh tak ada aktiviti lain selepas bersengkang mata di malam hari maka tidur adalah pilihan terbaik.

Kami pernah berbicara satu kisah penceraian. Sahabat saya menceritakan bagaimana penceraian di tempat beliau berlaku apabila si isteri selalu tak masak dan hanya memanaskan masakan yang semalam dari peti sejuk.

Malah sesetengah suami tidak boleh tahan jika asyik makan macam tu. Mereka nak si isteri sentiasa masak kerana pada persepsi mereka, wanita walau setinggi mana pun darjat mereka tetap kembali ke dapur.

Saya menyangkal pemikiran kuno seperti ini. Pemikiran wanita tempatnya sekadar di dapur adalah bentuk pemikiran yang tidak menghormati kemuliaan Islam kepada wanita. Diskusi wanita adalah lebih dari itu.

Mana-mana lelaki yang mempunyai paradigma yang skeptikal terhadap wanita adalah lelaki yang ketinggalan pemikiran mereka ataupun boleh dianggap mewarisi pemikiran tradisional yang statik dan tidak progresif dengan suasana.

Lelaki ataupun suami perlu celik dan melihat sosio-masyarakat ataupun ekonomi pada masakini. Pendapatan atau isi rumah bagi suami isteri yang mempunyai kerja yang sederhana dan mempunyai beberapa orang anak sudah tentu tidak dapat menampung dengan income si suami sahaja.

Disitu isteri didesak untuk bekerja dan menampung perbelanjaan isi rumah, anak-anak dan keperluan hidup. Sebagai seorang isteri yang berkejaya sudah tentu kondisi tubuhnya lebih lemah berbanding si suami yang bersifat jantan (kuat).

Namun pemikiran tradisional yang diamalkan oleh si suami mendesak si isteri dengan pelbagai permintaan dan tuntutan kerja di rumah, malah ada yang bersikap lepas tangan dengan masalah di rumah dengan alasan ‘saya penat bekerja cari rezki untuk keluarga kita’, dalam posisi lain tidak pernah memikirkan kepenatan si isteri.

Disinilah saya melihat mana-mana lelaki ataupun suami perlu mengubah pemikiran mereka dari bersifat mewarisi warisan kuno kepada pemikiran yang lebih produktif di dunia moden ini. Jika ingin mengekalkan warisan pemikiran tersebut si suami perlulah bergaji ‘orang kaya’ dan si isteri tidak lagi perlu bekerja.

Sikap dan pemikiran seperti ini banyak diwarisi oleh orang melayu kita, kenapa dan dimana puncanya? Persoalan ini mampu dipecahkan dengan pembacaan seperti Pemikiran Za’ba Dalam Falsafah Taklid dan Dilema Melayu oleh Tun Dr Mahathir.

Kadang-kadang pemikiran seperti ini diwarisi turun-tumurun melalui lisan orang-orang tua, ‘orang perempuan belajar tinggi mana pun balik ke dapur juga’ ‘perempuan jangan bagi muka, nanti naik kepala’ dan banyak lagi konotasi-konotasi yang berbau skeptikal wujud dalam masyarakat melayu.

Oleh kerana tidak wujud budaya ilmu, pemikiran kritis dan sikap orang melayu yang bertaklid maka ungkapan-ungkapan seperti itu ditelan bulat-bulat dan diwarisi dalam kotak pandora akal mereka sehingga terbit sifat yang merendahkan kaum wanita. Perkara ini disokong oleh kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengungkapkan bahawa pemikiran sebegini mempunyai kaitan dengan saluran ilmu kehidupan yang mereka perolehi (Baei Jaafar,2002:11).

Sebagai lelaki dan pemegang amanah seorang suami dan ayah saya menyeru agar kaum-kaum sejenis menganjakkan pemikiran mereka dari mewarisi warisan tradisional kepada pemikiran yang mengintrepertasi (mengtafsirkan) sesuatu dengan ilmu agar kita tidak dilihat sebagai seorang muslim yang bersifat keterbelakang dan ketinggalan.

Wallahu ta’ala A’lam

Temuduga

Sedang Menanti Giliran

Assalamualaikum

Semalam seawal jam 9 pagi kami bergegas menuju ke tempat temuduga. Zaujah tercinta dah menyiapkan semua kelengkapan sejak malam tadi lagi. Terima kasih sayang bersusah payah kerana abang.

Di tempat temuduga sikit tidak ada perasaan takut ataupun berdebar, semuanya berkat ditemani orang yang paling ku sayangi selepas Allah, Rasul, dan kedua ibu bapa ku, itulah zaujah tercinta.

Kami tidak habis-habis berdoa sepanjang menunggu giliran. Zaujah ku mengajak berbual bila melihat diriku kadang-kadang dalam keadaan cuak. Bijak menenangkan diri ini.

Dalam bilik temuduga, saya ditanya bertalu-talu, semuanya dapat dijawab dengan baik. Alhamdulillah. Pun begitu jawapan temuduga memang mengecewakan. Hati ini sayu bila mengenangkan jawapan yang diberitahu tadi. Sekali lagi zaujah ku memainkan peranan nya. Hati ini kembali tenang.

Ingatan ini jauh melayang mengenangkan sirah Rasulullah, ketika mana Rasulullah pulang dalam ketakutan Khadijah lah yang menenangkan baginda. Hasilnya Khadijah selalu dirindui Rasulullah walaupun setelah ketiadaan beliau.

Alhamdulillah ku panjatkan setinggi kesyukuran padaMu ya Allah dikurniakan seorang isteri berakhlak Saidatina Khadijah. Alhamdulillah.

Wallahu ta’ala A’lam

Anak Yang Menyakitkan

Bismillahirrahmaanirrahim

Satu hari seorang ayah ke supermarket bersama anaknya, anaknya ditangkap di satu sudut di dalam supermarket kerana mencuri , Suka tak kita mempunyai anak yang mencuri, mengambil barang tanpa izin? Sudah tentu tidak, malah hancur luluh hati ini mempunyai anak sebegini rupa.

Bagaiman pula mempunyai anak yang meminta izin untuk dapatkan sesuatu, tetapi jika tak dapat si anak mengamuk di dalam supermarket, mulutnya yang bising itu memalukan kita, dan akhirnya kita mengalah untuk meredakan amukan si anak.(idea ni dapat sebab tengok banned commercial di youtube).

Kes pertama menyakitkan hati dan sedih dengan perilaku si anak, kes kedua pula menyakitkan hati juga dan memeningkan kepala, bukan sahaja mendesak, memaksa, bahkan sedih mempunyai anak yang hanya mahukan kepuasan diri.

Salah siapa? Mungkin ibu bapa tak bertegas dalam mendidik anak-anak, ibu bapa juga yang dipersalahkan, kesian.

Penyelesaian nya? Saya tak tahu sebab saya tak mendirikan rumahtangga lagi hehehe…apa yang saya tahu perlu persiapkan diri sebelum menghadapi semua tu dengan ilmu, sampai masanya kena praktiklah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Suami Isteri (Jauhi Khalwat Bersama Bukan Mahram)

1392106091_da294471d3

Bismillahirrahmaanirrahim

Jauhi Khalwat (berduaan) Bersama Bukan Mahram

Jika Islam melarang wanita berdua dengan lelaki yang bukan mahram, apatah lagi bagi seorang wanita yang bergelar isteri sudah tentu berganda-ganda larangan nya.

Pelbagai kes kita dengar melibatkan isteri orang dengan lelaki luar, bersekedudukan, berdua-duaan, berkhalwat, ber…ber.. yang tak sanggup saya ungkap disini.

Amat nipis iman umat di zaman ini, mudah jatuh ke lembah yang hina, tanpa pendinding (iman) yang kebal dengan mudah kita dirasuk syaitan.

Antara suasana masyarakat kita ialah mudah menjemput orang yang bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami, walaupun ahli keluarga terdekat, ia nya satu kesalahan.

Seorang isteri solehah pasti alert dengan perkara ini, tidak mudah menjemput orang masuk tanpa kehadiran suami bersama.

Bagaimana dengan bapa mertua?

Walaupun bapa mertua, tidak dibenarkan masuk kerumah anak mertua nya ketika ketiadaan suami, kerana berdua-duaan yang ketiga adalah syaitan.

Perkara ini tidak menjadi masalah jika masyarkat kita ‘mengaji’, apakan daya, masyarakat kita jauh ketinggalan dari sudut keintelektualan, berbeza zaman tok nenek kita dahulu, mendalami ilmu agama adalah perkara asas bagi mereka.

Umat kini, masakan disuruh belajar agama yang asas, pegang buku mungkin setahun sekali ataupun tidak pegang terus. Bukan nak suruh belajar agama sampai jadi ulama, cukuplah tahu batas halal haram nya.

Semoga wanita faham masalah ini, sedarlah kita umat yang terlalu nipis iman dan mudah terleka, jauhilah perkara haram, kuatkan diri dengan amal ibadah agar iman bertambah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Suami Isteri (Jauhi Layanan Dingin)

1774910112_c0289f722c

Bismillahirrahmaanirrahim

Sebulan lebih pengajian Suami Isteri kita tertangguh, bukan masalah masa ataupun internet, tetapi berat membelek buku. Alhamdulillah akhirnya kita masih lagi dapat meneruskan pengajian.

Menjauhi Layanan Dingin

Kebanyakan wanita dingin melayan suami mereka, tetapi sebaliknya dengan lelaki lain. Mungkin setelah lama bersama mereka mula bosan, roh kasih sayang mula pudar.

Ini satu kesilapan besar, hendaklah para wanita ingat sebelum mereka mendirikan rumah tangga, kehidupan suami isteri bukan sehari dua, malah mungkin menjangkau ke hari tua.

Dalam tempoh yang sedemikian lama, pelbagai masalah, cabaran bakal mereka tempohi, antaranya masalah bosan dan pudar rasa kasih sayang, tidak lagi seperti di awal perkahwinan.

Perkara ini boleh diatasi dengan mentajdidkan kembali rasa sayang, dua-dua pihak hendaklah bijak memainkan peranan, apa salah nya kalau kembali bercinta, seolah-olah baru berkenalan.

Para isteri yang tetap melayani suami mereka dengan layanan yang dingin akan berdepan risiko keretakan rumah tangga dan berakhir dengan penceraian.

Kembalikan kata-kata manis, kata-kata cinta, penghormatan yang selayaknya, suara yang lemah lembut, tidak membantah dengan kata-kata kasar, bermuka manis, dan layanan yang baik.

Layanan yang sebaiknya buat suami akan membangkitkan rasa cinta dan sayang kepada isteri, malah perasaan itu akan kekal membekas di hati suami.

Wallahu Ta’ala A’lam

Soal Jodoh

Jangan jadi macam minah-minah ni ye

Jangan jadi macam minah-minah ni ye

Bismillahirrahmaanirrahim

Masa di Morocco saya sempat melawat beberapa kubur, dipercayai kubur para wali, orang Morocco yang melawat kubur ni biasanya melakukan amalan syikir, seperti sembahyang menyembah kubur, memohon pertolongan orang dalam kubur, tawaf kubur sambil memegang lilin dan yang sama waktu dengan nya.

Kebanyakan mereka yang menziarahi kubur adalah perempuan, mulanya saya pelik juga kenapa yang ziarah kubur ni banyak orang perempuan, kemusykilan saya itu dijelaskan oleh teman arab, Said.

“ Biasanya mereka yang datang sini bertawassul untuk dapatkan jodoh, mohon dari orang mati agar diberikan jodoh “. Kata Said.

Barulah saya faham, dari gaya mereka tak macam orang dah kahwin, jangok kata orang Kelantan, tapi agak berumur…sedih mereka ni, dah la jodoh tak ada lagi, tapi usaha dengan cara yang salah, mungkin jahil, tak tahu itu salah, ikut cakap orang je (suruh belajar ponteng kelas, tu lah akibatnya hehehe).

Malaysia

Di Malaysia setakat yang saya tahu tak ada lagi yang pergi bertawassul di kubur mintak jodoh, biasanya mintak nombor ekor adalah.

Malaysia popular dengan mandi bunga, katanya menaikkan seri bila orang pandang, mempercayai dengan bermandi bunga boleh memberi jodoh adalah I’tiqad yang salah, kerana yang memberi jodoh adalah Allah SWT, tapi sekadar mandi untuk segar badan yang lesu atau menghilangkan bau badan tak menjadi masalah.

Satu perkara sama golongan yang masih tak ada jodoh ni kongsi adalah tabarruj (berhias diri secara berlebihan), jika difikirkan dengan logik akal (saya lebih suka untuk mengatakan berfikir dengan akal orang perempuan), memang berhias diri akan menarik perhatian orang lelaki, tapi…

Jika difikir (dengan akal orang lelaki) sedikit panjang, dengan bertabarruj lah akan lebih menyulitkan diri mereka mendapat jodoh, kenapa saya katakan begitu?

Lelaki yang sihat akal nya ingin seorang perempuan muslimah, yang lebih nampak iltizam pada agama, pandai menjaga diri dan aurat sebagai calon isteri mereka, tak percaya cuba tanya kebanyakan lelaki (aku…kalau nak pilih calon isteri pun, yang pakai tudung : rujuk filem Syurga Cinta).

Dan jika dilihat pada sudut syariat pun, bertabarruj adalah haram, pakaian dan solekan tidak menepati syariat, tapi doa mintak pada Allah, syariat Dia kita langgar, tak malu betul, macam mana doa nak makbul, tu sebab jadi andartu, andalusia dan macam-macam istilah lagi, wanauzubillah.

Kalau nak cerita berdasarkan pengalaman, ramai perempuan muslimah multazimah yang saya kenal dah mendirikan rumah tangga, saya yakin dan percaya berkat ikhlas menjaga syariat, Allah pasti akan mengurniakan rezeki yang tidak diduga padanya.

Cukuplah ngomelan saya setakat ini, kenapa tentang ini? sebabnya, ingin membina sesuatu yang besar sudah pasti dari bawah (mungkin ada yang tak faham, biarlah diri ini sahaja yang memahaminya).

Wallahu Ta’ala A’lam

Suami Isteri (Jangan Cepat Meminta Cerai Ketika Bergaduh)

3715401834_1dfccf346f

Bismillahirrahmaanirrahim

Seperti yang kita ketahui, sesungguhnya Islam menasihati setiap pasangan itu mengadakan hubungan yang baik antara satu sama lain, sebaik muamalat, dan bersabar dengan setiap tabiat mahupun perbuatan yang tidak disukai tidak diredhai, khususnya kepada lelaki, sepertimana firman Allah SWT :

Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka,  karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

(An Nisaa : 19)

Dan janganlah suami itu cepat mengakhirkan hubungan perkahwinan dengan talak, berdasarkan ayat diatas, Allah SWT menjelaskan mungkin ada beberapa perbuatan yang tidak kita sukai, tetapi ingatlah banyak lagi perbuatan yang baik dari amalan mereka (isteri).

Hadith nabi ada menjelaskan tentang hal ini

Jangan membenci seorang mukmin seorang mukminah, jika kamu tidak menyukai pada akhlak nya, redhalah kamu pada akhlaknya yang lain.

(Hadith Riwayat Muslim)

Tidak ada pada manusia itu melainkan padanya perbuatan baik dan buruk, selalunya yang baik itu mengatasi yang buruk, sifat yang baik selalu nya mengatasi sifat yang buruk, dan janganlah kerana beberapa sifat yang buruk itu menggugat rumahtangga, bersabarlah sehingga perangai buruk itu diubah dengan perlahan menjadi baik.

Buat isteri, janganlah cepat meminta talak, samada secara terus terang ataupun dengan cara-cara yang tidak zahir dengan harapan berlaku penceraian.

Nabi telah memberi peringatan kepada isteri-isteri supaya berjaga-jaga dari meminta cerai daripada suami tanpa sebab yang menusabah, kerana penceraian ini merosakkan institusi keluarga, dan ianya perkara halal yang dibenci Allah.

Jadikan penceraian itu adalah penyelesaian terakhir setelah tiada cara lagi, jangan jadikan ianya cara pertama menyelesaikan pergaduhan yang berlaku, kebiasaan nya perempuan bersifat terburu-buru dan ingin cepat sehingga perasaan mereka mengatasi akal, kerana itulah Rasulullah SAW menyuruh wanita berjaga-jaga daripada meminta cerai tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Sabda Rasulullah :

Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suami mereka, maka haram keatas nya bau syurga

(Riwayat Ashab Sunan)

Dan dalam hadith lain dengan lafaz yang berbeza

Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suami nya tanpa sebab yang kukuh maka haram keatas nya bau syurga

Dan satu hadith lagi yang mempunyai sebab dan makna yang sama

Perempuan yang meminta cerai adalah munafiq

(Riwayat Ahmad dan Nasaei, disahihkan nya Al Baani dalam sahih nya pada no : 1934)

Hadith ini bermaksud mana-mana perempuan yang meminta cerai tanpa sebab yang logik dan kukuh maka dia seorang munafiq. Jadikanlah penceraian itu jalan penyelesaian yang terakhir.

p/s : Letakkan diri kita dalam keadaan sedar ketika bergaduh, jangan biarkan marah menguasai diri, kuatkan kesabaran, kerana orang yang kuat itu mereka yang mampu menahan marah, malulah bercerai sebab suami tidur berdengkur hehehe… wanauzubillah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Suami Isteri(Jangan bergaduh dengan Suami mu dihadapan anak-anak)

Jangan gaduh-gaduh tak baik tau

Jangan gaduh-gaduh tak baik tau

Alhamdulillah kita dapat bertemu kembali dalam siri-siri suami isteri, keadaan sekarang sudah agak selesa, jadi tak perlulah saya banyak membuang waktu dengan mengabaikan tanggungjawab saya disini.

Bismillahirrahmaanirrahim

Anak-anak kecil khusunya, janganlah kamu bergaduh dihadapan mereka, dan janganlah kamu meninggikan suara, kerana anak-anak pada peringkat ini dalam keadaan takut.

Bahkan mereka menyangka setiap perbalahan diantara kedua ibu bapa mereka akan berakhir dengan penceraian, bergaduh dihadapan anak-anak sebenarnya akan memberi kesan negetif kepada pembesaran mereka.

Para ulama ilmu Nafs menganggarkan kesan daripada pergaduhan yang berterusan dihadapan anak-anak akan memberi impak negetif kepada mereka sehingga mereka besar, antara kesannya ialah kebencian mereka kepada perkahwinan, takut mengenainya, takut berulang kepada dirinya jika dia berkahwin, kerana pemikiran seperti itu sudah ditanam sedari kecil lagi.

Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh sepasang suami isteri dalam soal ini?

Perbalahan, perselisihan dsb adalah satu lumrah dalam kehidupan berumahtangga, pepatah melayu ada menyebut “ sedangkan lidah lagi tergigit” apalagi suami isterikan, Cuma bagaimana kita menghadapinya, itu sangat penting.

Hendaklah kita faham perbalahan yang berterusan akan memberi kesan buruk, oleh itu kita harus berada dalam keadaan yang terkawal, jauh dari meninggikan suara, caci maki, dan yang seumpama dengan nya.

Boleh juga jika perbalahan hampir tercetus anda berdua masuk ke bilik, selesaikan di dalam bilik, bukan dihadapan anak-anak,  yang penting jagalah suara.

Wajib bagi setiap pasangan menjauhi dari mempengaruhi anak-anak yang ayah mereka telah menzalimi ibu mereka, begitu juga sebaliknya, ini adalah satu perbuatan yang amat buruk, kerana ianya akan menghilangkan rasa hormat anak-anak kepada ayah atau ibu mereka.

Seorang isteri wajib memahamkan kedudukan suami mereka kepada anak-anak, seorang ayah wajib dihormati, disanjungi, sesuai dengan kedudukan nya, seorang ayah pula perlu memahamkan anak-anaknya yang ibu mereka wajib disayangi, juga dihormati dsb.

Pasangan yang jahil tidak menghiraukan perkara ini, mereka bergaduh, meninggikan suara, mencaci, sehingga mendatangkan suasana yang tidak selesa di dalam rumah, kesan yang amat buruk bakal menimpa anak-anak di atas kelakuan jahil mereka ini, wanauzubillah min zalik.

Wallahu Ta’ala A’lam

Suami Isteri (Mengambil berat tetamu)

2908395993_277b8455f4

Bismillahirrahmaanirrahim

Ketika anda melayan tetamu suami, anda sebenarnya telah memuliakan suami, anda membantu suami ketika kehadiran tetamu.

Sesungguhnya melayan tetamu satu amalan malah ibadat yang mulia dan punya ganjaran yang besar disisi Allah SWT, sepertimana sabda Rasulullah SAW :

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka muliakanlah tetamu nya

(Bukhari dan Muslim)

Antara contoh kisah yang boleh kita ambil teladan seperti kisah Sarah, isteri nabi Allah Ibrahim, ketika mana didatangi oleh malaikat yang berupa manusia sebagai tetamu mereka, dan mereka tidak mengetahui yang mereka itu adalah malaikat.

Maka bergegaslah nabi Allah Ibrahim dan isterinya menyiapkan keprluan tetamu tanpa lengah, mereka terus menyembelih anak lembu yang gemuk dam memanggang nya diatas api.

Mereka menghidangkan daging tersebut kepada tetamu sambil nabi Ibrahim melayani mereka dan Sarah menyiapkan keperluan lain untuk tetamu.

Ini satu sifat yang cukup mengagungkan, mereka begitu mengambil berat dengan kehadiran tetamu, ianya dirakam di dalam al Quran :

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami  telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: “Selamat.” Ibrahim menjawab: “Selamatlah,” maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.

Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata: “Jangan kamu takut, sesungguhnya kami adalah  yang diutus kepada kaum Luth.”

Dan isterinya berdiri  lalu dia tersenyum, maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang  Ishak dan dari Ishak  Ya’qub.

(Huud 69-71)

Perempuan yang meletakkan kemuliaan pertama sekali pada suaminya akan memperolehi ganjaran yang besar disisi Allah SWT, kemudian membantu suaminya dalam memuliakan tetamu.

Contoh teladan paling besar yang boleh kita ikuti ialah kisah sahabat Rasulullah SAW, kisah Ummu Sulaim Binti Mulhan Radhia Allahu ‘anha, ketika mana suaminya pulang bersama tetamu tanpa temujanji, dan tidak ada bersama mereka melainkan sedikit makanan untuk anak-anak, pun begitu Ummu Sulain menerima dengan hati yang redha dan tidak melenting.

Sebelum tetamu dijamu, Ummu Sulaim menidurkan kesmeua anaknya dahulu, kemudian makanan dihidangkan, Ummu Sulaim sudah merancang untuk mematikan pelita sebelum mereka mula menjamu selera, dalam keadaan gelap itu tetamu menganggap mereka makan bersama tuan rumah, sehinggalah kenyang, sedangkan Ummu Sulaim dan Suamiya tidak menjamah langsung hidangan tersebut.

Inilah yang diceritakan oleh Abi Tholhah Al Ansori suami Ummu Sulaim, kisah ini sebernanya berlaku apabila Rasulullah SAW didatangi oleh tetamu, tetapi di rumah Baginda tidak punya apa-apa, maka Rasulullah SAW menawarkan kepada mana-mana sahabat untuk menerima tetamu Rasulullah itu, maka Abu Tholhah menerimanya.

Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat kedua-dua mereka atas amal yang telah dilakukan, dan mereka juga dipuji oleh Rasulullah SAW ketika bertemu di waktu subuh, Rasulullah berkata :

Sesungguhnya Allah SWT takjub dengan apa yang kamu berdua lakukan kepada tetamu semalam

Riwayat Muslim dan Selainya

Dan turunlah ayat dari Allah SWT merakamkan tahniah buat mereka atas perbuatan yang sangat terpuji itu

dan mereka mengutamakan , atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung

(Al Hasyr :9)

Soal memuliakan tetamu rasanya orang arab ni memang tak ada tandingan, hebat…memuliakan tetamu  memang adat yang diwarisi sejak nabi Allah Ibrahim sehinggalah kini.

Jika anda ke rumah orang arab, anda pasti akan dilayan seperti raja, soal makan anda tak sempat lapar punya, nak mandi mereka akan panaskan air jika di musim sejuk, apa sahaja keperluan anda pasti akan cuba dipenuhi.

Seorang kawan pernah cerita, dimana dia menziarahi kawan nya, oleh kerana rumah itu hanya ada dua bilik, adik beradik ramai, maka selebihnya tidur di dapur ,waktu tu musim sejuk, cukup terharu dan kagum.

Ketika saya ke rumah kawan arab dulu pun, mereka ni siap sembelih sekor kambing, kenyang melampau kami nak habiskan sekor kambing, cerita kawan lagi, jika di sahara, yang kaya sikit akan sembelih unta demi meraikan tetamu, subhanllah.

Insyallah ibadat yang mulia ni kita jadikan adat dalam masyarakat kita, darinya ganjaran dan pahala yang amat besar disi Allah SWT.

Wallahu Ta’ala A’lam

Suami Isteri (Menjaga hubungan dengan jiran)

872neighborhood

Jaga Semangat Kejiranan

Bismillahirrahmaanirrahim

Antara perkara penting yang perlu diambil cakna oleh seorang isteri ialah menjaga hubungan dengan jiran agar sentiasa aman dan damai.

Tidak mungkin seorang suami dapat hidup tenang dan damai jika isterinya punya banyak masalah dengan jiran, bergaduh sini, perang sana dll.

Itu dari sudut perasaan suami, dari sudut lain nya anda tidak menjaga hak jiran apabila anda menimbulkan masalah dengan jiran dalam masa yang sama tidak menghormati hak suami…

Mungkin ada yang kata ; hak suami satu sudut hak jiran pula lain.

Tidak! kedua-duanya adalah satu, jika hak dengan orang lain kita ganggu, apalagi suami orang yang lebih hampir, peratus untuk mengkhianati hak nya lebih besar.

Seorang suami ketika pulang dari kerja inginkan ketenangan, keamanan, kesenangan dan damai dalam rumahtangga nya, malang sekali jika isteri punya masalah dengan jiran, perasaan suami gundah gulana dengan perangai isterinya mungkin sampai tahap malu.

Banyak hadith Rasulullah SAW menuntut kita menjaga adab dengan jiran :

Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berbuat baiklah kepada jiran nya

(Muttafaqun Alaih)

Telah bercerita sekalian manusia kepada Rasulullah tentang seorang perempuan mengenai banyak solatnya dan puasanya, kata mereka lagi : akan tetapi dia menimbulkan masalah kepada jiran dengan lidahnya (percakapannya), Rasulullah SAW bersabda : Dia di neraka.

(Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)

Disini membawa maksud solat dan puasanya itu walaupun banyak, tetapi sikit tidak memberi manfaat kepadanya, kerana dari akhlak dan perbuatannya jelas tidak menunjukkan kesan solat dan puasa itu.

Berbuat baiklah kepada jiran mu wahai sekalian isteri, bina hubungan yang baik demi kepentingan suami juga, redha Allah bersama mu dunia dan akhirat insyallah.

p/s : bulan puasa ni kami selalu dapat makanan dari jiran-jiran arab, ini satu budaya yang amat baik untuk dipraktikkan dalam mengakrabkan semangat kejiranan insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam