Suami Isteri(Jadikan ketaatan mu sebaik-baik ketaatan dan mengharapkan keredhaan nya

3811803209_2f5d5fefb5Bismillahirrahmaanirrahim

Jadikan ketaatan mu sebaik-baik ketaatan dan mengharapkan keredhaan nya, tidaklah sebuah rumah tangga itu mencapai kebahagiaan melainkan dengan saling memahami, dan tidak memperoleh kesefahaman itu melainkan dengan ketaatan seorang isteri kepada suami.

Seorang isteri adalah pembantu kepada suaminya, isteri itulah yang menentukan kebahagiaan mahupun sengsara suamin dan keluarganya.

Jika seorang isteri menjadikan kehidupan rumahtangga nya senang, sedia membantu, dan muamalat yang baik terhadap suaminya maka keredhaan Allah seiring dengan kehidupan nya.

Adapun jika isteri menjadikan kehidupan rumahtangga nya susah, sulit dan sibuk mencari gaduh dari sekecil-kecil perkara hingga yang besarnya, maka hidupnya tidak ada keberkatan.

Sebuah rumahtangga itu tidak akan bahagia jika isteri selalu membantah, bila suaminya kata kanan, dia kata kiri, tanpa ketaatan isteri pada suami, tidak lahirlah kesefahaman dan kebahagiaan.

Begitulah logiknya suami adalah ketua keluarga, seorang ketua haruslah ditaati selagi mana tidak membawa mudarat dan tidak lari dari jalannya, dan kita butuhkan seorang ketua yang berwibawa.

Dan ingatlah, dimana duduknya nanti samada syurga dan neraka, adalah pada ketaatan nya pada suami, sepertimana sabda Rasulullah SAW :

Jika seorang wanita itu mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, menjaga kemaluannya, mentaati suaminya, maka masuklah mana-mana syurga yang diingini – Kata Al Bani dalam takhrijnya : Hadith hasan dan padanya jalan yang berbeza –

Mana-mana wanita yang mati, dan suaminya meredhainya, maka masuk syurgalah dia – Riwayat Tardmizi dan menghasankannya –

Mentaati ketua adalah bukan hanya pada hukum syarak, ianya adalah sunnah alam, lihat sahaja mana-mana masyarakat di dunia ini, mereka semua mempunyai ketua, sokongan dan ketaatan dari rakyat nya melahirkan sebuah negara yang aman damai, adapun aspek pemilihan ketua itu amat penting dititik beratkan.

Sebuah keluarga ibarat sebuah negara, sebuah keluarga Islam ibarat Daulah Islamiah, sistem yang digunakan adalah syura, sama-sama berbincang, bukan sistem diktator ataupun komunis.

Dapatlah kita faham, untuk mendirikan sebuah keluarga yang bahagia bermula dari kewibawaan suami, ketaatan isteri  kepada suami dalam mencari redha ilahi, maka lahirlah kesefahaman dan kebahagiaan yang berkekalan.

Isteri yang mengharapkan redha suaminya, akan dilimpahi hidupnya dengan keberkatan dari Allah, dari keberkatan itulah lahirnya keluarga bahagia.

Wallahu Ta’ala A’lam

Leave a comment