Ulama Hakim Pemerintah

Bismillahirrahmaanirrahim

Suasana Malaysia yang cukup meruncing, keadaan politik nya, ekonominya, masyarakatnya dan pelbagai lagi, yang mana jika diperhatikan saban hari menuju kemerosotan.

Penulisan sebelum-sebelum ini saya ada menyebut bagaimana lemahnya mahasiswa kita dalam menguasai ilmu, sistem pembelajaran kita hanya melahirkan robot untuk bekerja, jadilah sebuah masyarakat yang hanya bergerak mengikut masa dan arus.

Seorang pemimpin Pakistan pernah bertanya kepada seorang wartawan, siapakah pencorak negara?, si wartawan ini menjawab ahli politik, jawapan itu disanggah, kata si pemimpin ini, pencorak negara adalah intelektual.

Berapa ramai intelektual di negara kita? mungkin ianya mampu dibilang dengan jari…ada ahli politik, jenis yang lompat, ustaz, jenis celup, pemimpin negara, sama jenis dengan ahli politik tadi, lahirlah sebuah negara yang lemah.

” Ulama hakim pemerintah ” itulah yang disebut oleh Abu Aswad Ad Duali seorang tabiin besar, disini dapat kita faham akan peri pentingnya ilmu, ahli politik perlu ada ilmu, pemerintah perlu ada ilmu, ustaz pelu ada ilmu, paling kurang dia faqih dalam bidang yang dia kuasai.

Kenapa ulama lebih tinggi dari pemerintah? mengenai siapakah itu ulama amat luas perbincangannya, yang pasti ulama itu membawa jalan menuju tuhan, tanpa ulama…ramai yang terpesong dari siirothol mustaqim.

Semoga coretan kecil ini mampu menyedarkan kita dari terbawa arus tanpa ilmu sebagai penunjuk arah dalam kehidupan ini.

Wallahu Ta’ala A’lam

Leave a comment